GEORGE TOWN – Seorang pekerja penghantar ayam maut selepas tersepit pada lif barang sebuah restoran nasi kandar di Jalan Penang di sini sebentar tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Mohammad Shahrukh Khan Mohd. Mydin, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Menurutnya, mangsa telah tersepit pada bahagian lif tersebut di tingkat tiga restoran…










