KUALA LUMPUR – Peguam terkemuka negara, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini atas empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram. Sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dihubungi berkata, Muhammad Shafee diberkas di ibu negara pada awal pagi ini. “Beliau dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini dan didakwa di bawah Sesyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” kata sumber berkenaan. Muhammad Shafee menjadi tumpuan baru-baru ini selepas Presiden PKR yang dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 September lalu berkata, seorang pegawai…










