PULAU PINANG 5 Sept. – Seorang pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis merupakan antara yang direman lima hari di Mahkamah Majistret di sini pagi ini bagi membantu siasatan kes rasuah. Perintah berkenaan turut dikeluarkan Majistret, Muna Maria Azmi terhadap seorang ejen insurans dan seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta. Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, kesemua mereka dipercayai terlibat memberi dan menerima rasuah bagi menyelesaikan saman, prosedur…










