Pegawai kanan bomba ditahan miliki dadah - Utusan Malaysia

Pegawai kanan bomba ditahan miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Sept.- Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditahan selepas dipercayai memiliki sejumlah dadah di Jalan Wangsa 5A, Bukit Antarabangsa, dekat sini hari ini.

Dalam tangkapan 3.20 pagi itu, suspek berusia 37 tahun itu juga dipercayai positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, suspek pada mulanya ditahan anggota polis cawangan kereta peronda (MPV) dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Ujarnya, susulan itu, anggota bertugas telah melakukan pemeriksaan di dalam beg yang dibawa mangsa sebelum menemukan sejumlah dadah.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sepaket plastik lut sinar mengandungi serbuk berwarna putih disyaki dadah jenis syabu seberat hampir 80 gram.

“Susulan itu, suspek dibawa ke cawangan narkotik IPD Ampang Jaya untuk menjalani ujian air kencing,” katanya dalam satu kenyaan di sini hari ini.

Tambah Hamzah, hasil semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN