Pegawai agama dan pendakwah perlu belajar bahasa isyarat - Jakim - Utusan Malaysia

Pegawai agama dan pendakwah perlu belajar bahasa isyarat – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Sept. – Pegawai agama dan para pendakwah di seluruh negara disaran mengikuti kursus pembelajaran bahasa isyarat bagi mempersiapkan diri membantu golongan orang kurang upaya (OKU) khususnya yang mengalami masalah pendengaran.

Mohamad Nordin KP Jakim baharu
Datuk Mohamad Nordin Ibrahim 

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, di samping itu Jabatan Agama Islam Negeri juga digesa menyediakan kelas agama khusus untuk OKU pendengaran di sekolah-sekolah bagi memudahkan mengikuti program agama.

Menurutnya, perkara itu diberi perhatian kerana berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), majoriti OKU pendengaran yang beragama Islam tidak pernah mengaji al-Quran, tidak memahami makna solat dan kadar perceraian dalam kalangan mereka agak tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Golongan OKU ini mengalami masalah masalah ketidakupayaan dalam aspek pertuturan dan pendengaran, mereka menghadapi masalah keterbatasan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial khususnya dalam program agama kerana masalah bahasa isyarat.

“Oleh itu Persidangan Ketua-Ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia semalam memutuskan meningkatkan aktiviti dakwah untuk OKU pendengaran (Pekak) selaras dengan peruntukan Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Persidangan Ketua-Ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia (PKJ) Kali Ke-107 itu telah diadakan di Labuan selama dua hari iaitu dari Jumaat lalu sehingga semalam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini