PDRM tahan Najib empat jam - Utusan Malaysia

PDRM tahan Najib empat jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan selama empat jam semasa hadir memberikan keterangan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkenaan siasatan berkaitan kes dana 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Beliau hadir kira-kira pukul 9.20 pagi bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Kehadiran beliau diiringi oleh beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau kemudian meninggalkan perkarangan ibu pejabat JSJK Bukit Aman kira-kira pukul 1.35 petang  dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Ipsum berwarna hitam dan diringi oleh empat buah kenderaan dan dua peronda bermotosikal lalu  dibawa ke Mahkamah Jalan Duta untuk pertuduhan yang akan dijalankan pada pukul 3 petang hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini