PULAU PINANG 27 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Datin Seri Rosmah Mansor bagi membantu siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan sebahagian barangan kemas yang dirampas memerlukan pengesahan beliau. Nilai jumlah 12,000 barangan kemas yang dirampas oleh polis didakwa milik isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah sebanyak RM880 juta. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, bagaimanapun Rosmah…










