DUNGUN 12 Sept. – Projek pembinaan Pasar Raya Wakaf Pas yang dirintis oleh parti itu merupakan suatu anjakan paradigma dalam merencana program dan konsep wakaf komersial bagi membantu mengembangkan lagi ekonomi rakyat di negara ini, khususnya umat Islam. Bakal dibangunkan di atas tapak seluas hampir satu hektar di Bukit Pak Sabah di sini, projek dijayakan dengan kerjasama Sabasun HyperRuncit dengan kos keseluruhan kira-kira RM12 juta hasil sumbangan derma orang ramai…










