BANGI – Tindakan pantas pasangan suami isteri keluar dari kenderaan yang terbakar berjaya menyelamatkan nyawa mereka dalam satu kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bangi Avenue di sini malam tadi. Kereta jenis Proton Satria Neo yang dinaiki mangsa, Erman Mahrilar, 43, bersama isterinya musnah 70 peratus akibat kebakaran tersebut yang berlaku kira-kira pukul 9 malam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Rosman Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan…










