MUKADIMAH: TERENGGANU menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-64 kali ini – negeri yang dilihat menjadi tapak kebangkitan semula parti itu dalam persada politik negara, dengan kembali kepada jalur politik dakwah dan tarbiah. Tanpa pemilihan pucuk pimpinan namun ada yang menjangkakan mungkin turut hangat apabila seluruh ahli dan penyokong perlu membuat pemilihan dan ketentuan terhadap terhadap bentuk kerjasama baharu blok pembangkang dalam mengatur hala tuju lebih kukuh dalam perubahan…










