SHAH ALAM 12 Sept. – Pas negeri memberi bayangan bahawa parti itu akan memberikan laluan kepada UMNO jika PKR memilih Parlimen di Selangor untuk dikosongkan bagi membolehkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding. Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata, sebagai pembangkang, kedua-dua parti itu tidak boleh bertembung sesama sendiri dan Pas jelasnya tidak berhajat untuk meletakkan calon, jika UMNO memutuskan menentang Anwar. “Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lepas mengajar dan mendidik kita…










