Jerman bukanlah sebuah negara yang terkenal dengan pesta Halloween, namun labu merupakan buah yang cukup rapat dengan masyarakatnya terutamanya dalam aspek masakan. Seiring dengan popularitinya di negara itu, baru-baru ini satu festival labu telah berlangsung di Ludwigsburg, Jerman yang memaparkan taman yang dipenuhi pelbagai rekaan labu. Sebanyak 450,000 labu dipersembahkan dalam festival itu yang dibentuk menjadi pelbagai rekaan haiwan seperti tupai, arnab, musang, burung dan serangga. Sebanyak 800 jenis labu…










