SEMATAN – Lebuhraya Pan Borneo pakej 1 yang menghubungkan Teluk Melano ke Sematan dijangka dibuka kepada orang ramai bermula Januari 2019. Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Zohari Akob berkata, pihaknya sangat berpuas hati dengan kerja-kerja menyiapkan jalan ini yang dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini. “Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keputusan pihak-pihak terlibat sama ada dapat digunakan Januari depan atau tidak. “Setakat ini, semua kerja projek berjalan lancar…










