SEMEMANGNYA bidang seni tidak pernah kering dengan pengutaraan idea yang berbagai-bagai dengan olahan kreativiti yang digaulkan dengan imaginasi yang futuristik lagi estetik. Pengucapan daripada sesuatu penghasilan karya seni juga perlu diberi penafsiran yang sebaik mungkin selain menggunakan pendekatan yang didaktik dalam disiplinnya. Ini yang ingin ditekan dan diketengahkan oleh Persatuan Pelukis Negeri Perlis (PPNPs) menerusi pameran terbaharu mereka di sebuah hotel terkemuka di Kangar, baru- baru ini. Pameran itu berlangsung…










