KUALA LUMPUR 15 Sept. – Kerja pembaikan dan penyambungan semula paip dasar laut di Terusan Bagan, Selangor yang membekalkan air kepada ribuan penduduk di Pulau Ketam, Bagan Teo Chew dan Sungai Lima siap sepenuhnya. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, proses pemulihan bekalan air kini dilakukan secara berperingkat. “Air Selangor memohon maaf ekoran gangguan bekalan air yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya