KUALA LUMPUR 24 Sept. – Padah merokok di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini yang juga kawasan larangan merokok, seorang ahli perniagaan warga Nigeria didenda RM500 atau penjara seminggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Ezenwugo Titus Uche, 38, mengaku bersalah merokok di Mahkamah Majistret Jenayah 8, Aras 2, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini yang juga kawasan larangan merokok mengikut…










