BAITULMUQADDIS 3 Sept. – Pihak Berkuasa Palestin (PA) dilaporkan menolak tawaran Amerika Syarikat (AS) terhadap pembentukan persekutuan Jordan-Palestin sebagai ganti kepada usaha mengisytiharkan negara Palestin merdeka. Portal berita Press TV melaporkan, Ketua PA, Mahmoud Abbas telah mengadakan perbincangan dengan pergerakan Israel, Peace Now dan anggota Parlimen Israel di Ramallah semalam. Beliau menegaskan telah ditawarkan sebuah ‘pelan politik’ oleh pasukan pengantara AS berdasarkan pembentukan persekutuan tersebut. Beliau dilaporkan memberitahu pasukan itu,…










