Orang utan Borneo betina mati ditembak   - Utusan Malaysia

Orang utan Borneo betina mati ditembak  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU –  Seekor Orang utan Borneo (pongo pygmaeus morio) menemui ajal dalam keadaan menyayat hati dengan beberapa kesan tembakan dipercayai ditembak pemburu haram di Sungai Kinabatangan, Kinabatangan kelmarin.

Orang utan betina berusia 30 tahun itu ditemui di dalam sungai terbabit kira-kira pukul 9 pagi sebelum ia dibawa untuk tindakan lanjut.

Pegawai Perhubungan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Siti Nur’Ain Ampuan Acheh berkata, operasi mencari bangkai haiwan itu segera dijalankan sebaik sahaja pihaknya menerima laporan mengenai seekor orang utan dijumpai dibunuh sebelum hanyut di dalam Sungai Kinabatangan.   

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat  tiga kesan luka pada bahagian bahu, perut dan kaki termasuk tiga butir serpihan peluru ditemui di dalam badan.

“Pihak kami tidak menolak kemungkinan bahawa orang utan ini mati disebabkan pendarahan dalaman yang teruk akibat ditembak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Siti Nur’Ain Ampuan, susulan insiden tersebut pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah bertindak membuat laporan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 25(1) Enakmen Perlindungan Hidupan Liar 1997 atas kesalahan memburu binatang terlindung. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN