KUALA LUMPUR 5 Sept. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengeluarkan sebanyak 434 notis amaran kepada premis-premis yang didapati menaikkan harga barangan tanpa kebenaran dalam Ops Catut 5.0 sepanjang tempoh tiga hari bermula 1 September lalu. Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dalam operasi itu, sebanyak 3,048 buah premis dengan lebih 8,000 barangan telah diperiksa seluruh negara. Jelasnya, Ops Catut 5.0 merupakan proses penguatkuasaan yang berterusan oleh…










