Operasi musim haji 1439 hijrah tamat hari ini - Utusan Malaysia

Operasi musim haji 1439 hijrah tamat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Sept. – Lembaga Tabung Haji menamatkan operasi bagi musim haji 1439 hijrah dengan ketibaan penerbangan terakhir Flynas XY7710 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4.02 pagi tadi.

Tabung Haji dalam satu kenyataan memaklumkan, penerbangan terakhir itu membawa seramai 492 orang jemaah haji.

“Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air 1439, Mohd. Hisham Harun mengambil kesempatan bersalaman dan mengucapkan selamat pulang serta tahniah kepada para jemaah yang telah selesai menunaikan fardu haji dengan selamat.

“Ketibaan jemaah disambut gembira oleh ahli keluarga dan sanak saudara masing-masing di KLIA sejak awal pagi,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu memberitahu, masih terdapat beberapa orang lagi jemaah haji di Mekah dan Madinah yang sedang mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun jelas kenyataan itu, tiga jemaah masih dirawat di hospital di Arab Saudi iaitu, seorang di Madinah dan dua lagi di Mekah. 

“Kesemua jemaah haji ini dipantau dengan rapi oleh pejabat Tabung Haji Jeddah dan akan dibawa pulang setelah dibenarkan oleh pihak hospital,” demikian menurut kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN