KUALA LUMPUR 12 Sept. – Meskipun karya yang memfokus isu korupsi, One Two Jaga sukar menambat hati penonton tempatan, namun filem arahan Nam Ron itu berjaya dicalonkan untuk kategori Grand Prix (Filem Terbaik) pada 12th Five Flavours Asians Film Festival. Kejayaan awal tersebut menyaksikan filem sulung terbitan Pixel Play Entertainment itu turut bersaing dengan sembilan lagi naskhah terbaik Asia yang bakal berlangsung di Warsaw, Poland bermula 14 hingga 21 November…










