KOTA KINABALU – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa pada hari ini. Omar mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Ramli Din yang kini dilantik sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan & Pembangunan) Bukit Aman di Kuala Lumpur. Menurut Omar, beliau akan meneruskan legasi dasar kepimpinan yang digariskan Ramli sepanjang berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah. “Keutamaan akan…










