KOTA KINABALU, 3 Sept. – Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah,58, dilantik sebagai pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu berkuat kuasa hari ini. OMAR MAMMAH Beliau menggantikan Datuk Ramli Din yang telah dilantik sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman. Majlis serah terima tugas antara Ramli dan Omar berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini, disaksikan Pengarah Jabatan…










