BATU KURAU – Pelumba trek berbasikal Terengganu, Nur Aisyah Mohamad Zubir cipta sejarah baharu Sukan Malaysia (Sukma) apabila menjadi satu-satunya pelumba yang meraih emas hatrik pada tiga edisi berturut-turut sejak Sukma 2014 bagi acara ujian masa individu wanita. Pada Sukma 2018 yang berlangsung Arena Batu Kurau, Perak hari ini, pelumba berusia 21 tahun itu mudah mengetepikan lawan masing-masing untuk dinobatkan sebagai juara menerusi catatan masa sebanyak 44 minit 57.316 saat (s). …










