Nor Akmar bakal muncul dengan Sendiri - Utusan Malaysia

Nor Akmar bakal muncul dengan Sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Juara pertandingan Suara Juara, Nor Akmar Natasha Hasni kini dalam persiapan melancarkan single pertamanya berjudul Sendiri.

Selaku juara pertandingan, Nor Akmar turut layak mengikat kontrak sebagai artis rakaman naungan Dr. Irma Entertainment selain berpeluang mengikuti program promosi bernilai RM100,000 untuk lagu pertamanya itu.

Nor Akmar yang diangkat sebagai juara pertandingan akhir Suara Juara yang berlangsung di RTM Johor baru-baru ini juga membawa pulang wang tunai RM5,000.

Menerima hampir 100 penyertaan sejak Mei lalu, Pertandingan Suara Juara yang menjadi platfrom pencarian bakat baharu di negeri Johor itu merupakan kerjasama buat julung kalinya Dr. Irma Entertainment dengan JohorFM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN