Negeri Sembilan tumpaskan UKM FC 2-1 - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan tumpaskan UKM FC 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 11 Sept. – Negeri Sembilan menebus kekalahan dalam pusingan pertama Piala Cabaran 2018 dengan mencatat kemenangan 2-1 ke atas UKM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam ini.

Gol pertama tuan rumah dijaringkan Muhammad Fakrul Aiman Sidid pada minit ke-44 yang melakukan larian solo selepas mendapat hantaran dari tengah padang.

Sepakan pertama pemain itu gagal ditepis penjaga gol UKM FC, Muhamad Nor Haziq Mohd. Aris.

Bola yang muntah disepak sekali lagi penyerang Negeri Sembilan itu untuk menembusi gawang pasukan lawan.

Separuh masa kedua, Negeri Sembilan terus di depan dengan gol kedua pada minit ke-57.

Pemain import, Flavio Beck Junior melakukan hantaran lintang di kiri gol pelawat yang disudahkan dengan tandukan pemain tengah, Mohammad Faizal Abu Bakar.

UKM FC menjaringkan gol tunggal pada minit ke-88 melalui tandukan pemain import, Michael Chukwubunna Ijezie.

Turut menyaksikan perlawanan malam ini ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yang baharu, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN