SEPERTI yang dijangka ramai, filem Crazy Rich Asians berjaya mengungguli carta tayangan pecah panggung bukan sahaja di Hollywood malah, di beberapa negara termasuk Asia. Tidak dinafikan, filem yang digarap berdasarkan novel tulisan Kevin Kwan mempunyai kekuatan dan magnet yang mampu menarik penonton ke panggung menyaksikan naskhah arahan Jon M. Chu. Crazy Rich Asians merupakan sebuah filem romantik-komedi yang menyajikan mata dan halwa telinga penonton dengan keindahan busana, kemewahan gaya hidup…










