Kolej Teknikal Kuala Lumpur (TCKL) bermula sebagai Sekolah Teknik Treacher pada 1904 sempena nama Residen British, Sir William Treacher. Sekolah berkenaan melatih pakar dalam pembangunan infrastruktur Malaysia, Singapura, Sarawak, Borneo Utara dan Brunei melibatkan jabatan-jabatan seperti kereta api, ukur dan kerja raya. Ia kemudian dinaik taraf kepada kolej pada 1941 dan mempunyai kampus baharu di Jalan Gurney yang kini dikenali sebagai Jalan Semarak. Pada tahun 1971, kerajaan telah menaik taraf…










