KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini sebentar tadi diiringi sepasukan anggota polis. Najib yang tiba kira-kira pukul 1.49 petang kelihatan tenang dan tersenyum ketika masuk ke pekarangan kompleks mahkamah tersebut. Beliau yang bersut warna gelap itu sempat mengangkat tangan apabila para pengamal media terutamanya jurugambar menyapanya. Peguam utama Tan Sri…










