Najib dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah - Utusan Malaysia

Najib dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa keluar dari lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas 14 jam ditahan.

Najib dibawa keluar menaiki sebuah kenderaan tepat pukul 8.55 pagi tadi.

Difahamkan, beliau akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah dekat Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk dirakam percakapan.

Semalam SPRM menahan bekas Perdana Menteri selepas dipanggil memberi keterangan berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, penahanan itu dibuat pada pukul 4.13 petang di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Ujar kenyataan itu lagi, Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah  Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala pada pukul 3 petang untuk pertuduhan di mahkamah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN