PASIR MAS 13 Sept. – Seramai 625 murid tahun satu hingga enam Sekolah Kebangsaan Othman Talib I (SKOT I) bermandi peluh menyiapkan Jalur Gemilang gergasi sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2018. Guru Besar SKOT I, Zulhadi Mahamad berkata, murid-muridnya itu mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan Jalur Gemilang gergasi yang setinggi enam meter itu. Menurutnya, penghasilan Jalur Gemilang itu bertujuan mendidik para murid supaya sayangkan bendera yang merupakan lambang kedaulatan…










