Mourinho lucut jawatan naib kapten disandang Pogba - Utusan Malaysia

Mourinho lucut jawatan naib kapten disandang Pogba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 26 Sept. – Pengurus Manchester United, Jose Mouriho berkata, hari ini, bahawa dia telah melucut jawatan naib kapten yang disandang oleh bintang tengah Perancis, Paul Pogba, tetapi menafikan berlaku perbalahan serius antara dirinya dan pemain tersebut.

“Satu-satunya kebenaran ialah saya telah membuat keputusan bahawa Paul tidak akan lagi menyandang jawatan kapten kedua (naib), tetapi tiada pertengkaran berlaku, tiada masalah sama sekali,” kata Mourinho selepas skuad bimbingannya tersingkir pada Piala Liga menerusi penentuan sepakan penalti oleh pasukan divisyen dua, Derby County.

Mourinho merehatkan pemain berusia 25 tahun itu bersama beberapa lagi pemain lain pada perlawanan tersebut, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Warga Portugal itu enggan memberikan sebarang alasan tentang keputusannya melucutkan jawatan naib kapten daripada pemenang Piala Dunia tersebut.

“Orang yang sama membuat keputusan mengenai Paul tidak lagi menyandang jawatan sebagai kapten kedua dan orang itu juga yang memutuskan sewaktu melantik Paul iaitu saya sendiri.

“Saya pengurus, jadi saya boleh membuat keputusan ini. Tiada pergaduhan, tiada masalah sama sekali, hanya satu keputusan yang saya tidak perlu beri penjelasan,” katanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini