Mohd. Salim nafi tinggalkan UMNO - Utusan Malaysia

Mohd. Salim nafi tinggalkan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 19 Sept. – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd. Salim Sharif mengakui terkejut apabila namanya ditularkan antara 17 pemimpin yang akan meninggalkan UMNO.

Katanya, pada masa ini beliau masih bersama parti itu dan menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Jempol dan Ahli Parlimen seperti biasa.

“Saya menafikan perkara itu (tinggalkan UMNO), terkejut juga apabila ada tiga Ahli Parlimen dari Negeri Sembilan dalam senarai tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Mohd. Salim berharap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya segera menggariskan hala tuju UMNO bagi mengelak lebih ramai pemimpin keluar parti.

“Saya mahu tunggu dan lihat keputusan, gerak kerja parti dan perancangan presiden. Di peringkat bawah wujud pelbagai reaksi kerana sebelum ini ada yang kata akan ada kerajaan campuran.

“Mungkin pemimpin yang tinggalkan UMNO ini melihat tiada perubahan selepas sekian lama atau sudah tidak yakin dengan kepimpinan sedia sehingga mengambil keputusan sendiri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini