SEREMBAN 19 Sept. – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd. Salim Sharif mengakui terkejut apabila namanya ditularkan antara 17 pemimpin yang akan meninggalkan UMNO. Katanya, pada masa ini beliau masih bersama parti itu dan menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Jempol dan Ahli Parlimen seperti biasa. “Saya menafikan perkara itu (tinggalkan UMNO), terkejut juga apabila ada tiga Ahli Parlimen dari Negeri Sembilan dalam senarai tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Dalam pada itu, Mohd. Salim berharap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya segera menggariskan hala tuju…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya