Mohd. Nageeb dilantik sebagai Pengerusi Felcra Bhd. - Utusan Malaysia

Mohd. Nageeb dilantik sebagai Pengerusi Felcra Bhd.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) Datuk Mohd. Nageeb Abdul Wahab dilantik sebagai Pengerusi Felcra Bhd. berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Pelantikan itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri melalui kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu Mohd. Nageeb menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meletak jawatan pada 1 Jun lepas.

“Mohd Nageeb mempunyai pengalaman 39 tahun dalam bidang perladangan, industri getah dan sawit,” kata kenyataan itu yang turut menjelaskan bahawa Mohd Nageeb merupakan wakil Malaysia dalam Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC).

Antara jawatan yang pernah dipegangnya ialah Naib Presiden Kanan dan Ketua Perladangan Malaysia di Sime Darby Plantation Bhd.

Mohd Nageeb memulakan karier sebagai pelatih eksekutif perladangan di KL Kepong Bhd.pada 1979, menurut kenyataan itu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN