PUTRAJAYA 27 Sept.- Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohd. Nageeb Abdul Wahab sebagai Pengerusi Felcra Berhad yang baharu berkuatkuasa pada 1 Oktober ini. Pejabat itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meletakkan jawatan pada 1 Jun lalu. “Mohd. Nageeb mempunyai pengalaman selama 39 tahun dalam bidang perladangan, industri getah dan sawit. “Antara jawatan yang pernah dipegang adalah Naib Presiden…










