Mohamad Fuzi ucap takziah kepada keluarga Sia Boon Chee - Utusan Malaysia

Mohamad Fuzi ucap takziah kepada keluarga Sia Boon Chee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga seorang pesara polis, Datuk Sia Boon Chee yang meninggal dunia, semalam.

Mendiang meninggal dunia di Unit Rawatan Intensif Kardiotorasik Surgeri (CICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira pukul 1.50 pagi semalam akibat strok.

“Saya mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

“Sesungguhnya kehilangan mendiang merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada negara. Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi ketentuan takdir,” katanya dalam satu kenyataan.

Jenazah mendiang kini berada di rumah keluarganya di Kajang, Selangor dan akan dibakar di Pusat Xiao En, Jalan Kuari, Cheras pada pada esok hari.

Boon Chee memulakan kerjaya bersama PDRM pada 1 Oktober 1973, sebelum bersara di atas pilihan sendiri pada 13 Mac 1994.

Pangkat terakhir mendiang sebelum meninggalkan PDRM adalah Timbalan Penguasa di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman.

Mendiang turut dianugerahkan Pingat Bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) oleh Yang di-Pertuan Agong ke-VII di atas  jasa serta pengorbanannya mempertahankan keselamatan juga menjaga keamanan negara daripada ancaman pengganas komunis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN