MIC tidak campur tangan, tidak bertanding - Utusan Malaysia

MIC tidak campur tangan, tidak bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Sept. – MIC memutuskan untuk tidak campur tangan dan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

S. A. VIGNESWARAN
S. A. VIGNESWARAN 

Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata, pihaknya memberi laluan dan menyerahkan kepada UMNO untuk membuat keputusan mengenai pilihan raya tersebut.

“Keputusan kami adalah muktamad. Kita tidak akan mengubah fikiran pada masa akan datang. Jika UMNO mahu bertanding, biarkan mereka bertanding. Kami tidak akan campur tangan.

“Saya meminta pengundi di Port Dickson, terutamanya pengundi India untuk membuat keputusan terbaik untuk masa depan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap anak tempatan dipilih menjadi calon sekiranya BN bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson.

Menurutnya, secara peribadi beliau beranggapan calon anak tempatan wajar diberi peluang berdepan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN