KUALA LUMPUR 13 Sept. – MIC memutuskan untuk tidak campur tangan dan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. S. A. VIGNESWARAN Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata, pihaknya memberi laluan dan menyerahkan kepada UMNO untuk membuat keputusan mengenai pilihan raya tersebut. “Keputusan kami adalah muktamad. Kita tidak akan mengubah fikiran pada masa akan datang. Jika UMNO mahu bertanding, biarkan mereka bertanding. Kami tidak akan campur…










