Mia Ahmad dapat anak lelaki - Utusan Malaysia

Mia Ahmad dapat anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon yang terkenal menerusi drama rantaian Hati Perempuan, Mia Ahmad telah selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh suaminya yang juga penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi menerusi akaun Instagram miliknya.

“Ia adalah bayi lelaki. Syukur isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami pada pukul 11.15 pagi tadi. Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakannya,” katanya di Instagram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelakon yang turut membintangi filem Jibam itu mengumumkan berita kehamilannya pada April lalu selepas dilaporkan mengalami keguguran beberapa bulan sebelum itu.

Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, 30, mendirikan rumah tangga dengan Izham Tarmizi, 27, pada 13 Januari 2017. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini