DALAM bermacam ‘cakap-cakap’ dan suasana, Pas ternyata terus mendapat mandat rakyat Kelantan untuk memerintah negeri itu buat penggal yang ketujuh selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu. Bezanya, enam penggal sebelum ini kerajaan negeri di bawah Pas yang menjadi pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan boleh ‘bergantung harap’ kepada pemimpin-pemimpin UMNO negeri, yang ada antaranya merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk ‘memudahkan’ urusan dan perhubungan dengan pihak di Putrajaya.…










