“PENGETAHUAN adalah kuasa. Maklumat membebaskan. Pendidikan adalah premis kemajuan, dalam setiap masyarakat, dalam setiap keluarga.” – Kofi Annan Bagi tujuan melestarikan pembangunan global agar kemajuan yang dicapai bersifat menyeluruh tanpa meninggalkan hak-hak dan kepentingan golongan rentan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mewujudkan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030). Dalam mukadimah Resolusi 70/1 oleh Sidang Umum PBB bertarikh 25 September 2015, SDG diperkenalkan sebagai agenda tindakan untuk manusia, planet dan kemakmuran…










