Melaka komited pelihara masjid berusia - Utusan Malaysia

Melaka komited pelihara masjid berusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 10 Sept. – Kerajaan negeri komited dalam memastikan masjid-masjid yang sudah berusia di negeri ini sentiasa dipelihara sama ada daripada segi fizikalnya mahupun warisan dengan memberikan peruntukan bersesuaian.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, selain itu juga, kerajaan negeri sentiasa berusaha membantu pihak masjid untuk meningkatkan lagi program-program yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

“Kita akan menilai balik semua peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada institusi-institusi masjid di negeri ini. Cuma peruntukan terus ini semua kita akan pertimbangkan berdasarkan pengimarahan masjid tu sendiri.

“Memanglah kalau kita melihat ada antara perkara-perkara yang kita lihat dalam konteks warisan, masjid lama kita pastikan sejarahnya kekal dan terpelihaa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Sambutan Pemasyhuran 100 tahun Masjid Al-Ehsan Bukit Baru yang turut dihadiri kira-kira 1,000 orang di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Omar Jaafar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim dan Mufti kerajaan negeri, Datuk Abdul Halim Tawil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN