Melaka dominasi gelanggang wusyu - Utusan Malaysia

Melaka dominasi gelanggang wusyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG 11 Sept. – Me­laka muncul kontinjen paling cemerlang di gelanggang wusyu dalam Sukma apabila memena­ngi tiga daripada lima pi­ngat emas yang dipertandingkan selain satu perak di Kolej Matrikulasi Gopeng hari ini.

Emas pertama temasya berjaya dituai oleh Si Shin Peng bagi acara Jianshu (pedang) lelaki selepas atlet berusia 16 tahun itu me­ngumpul 9.48 mata, menewaskan rakan sepasukan Elvic Bong Qian Zhen dengan 9.40 mata. Gangsa menjadi milik Mohamad Afiq Danial Mohd. Firdaus Chua yang mengumpul 9.38 mata.

“Saya berasa sangat gembira kerana dapat menghadiahkan pingat emas pertama untuk Me­laka malah ini adalah emas pertama dalam Sukma 2018. Terima kasih kepada keluarga, jurulatih dan rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Persiapan dilakukan selama enam bulan untuk menghadapi temasya dwitahunan ini dan le­bih mengembirakan saya berjaya menebus kekecewaan dua tahun lalu apabila gagal membawa pulang sebarang pingat.

“Selepas ini saya menyasarkan untuk menyertai skuad kebangsaan seterusnya menyertai Sukan Asia dan Kejohanan Remaja Dunia,” kata Shin Peng kepada pemberita.

Tan Cheong Wan menghadiahkan emas kedua Melaka selepas memenangi acara Gunshu (kayu) lelaki setelah mengutip 9.58 mata, menewaskan Muhammad Danish Aizad Mohd. Firdaus Chua dari Pulau Pinang yang ketinggalan 0.13 mata. Gangsa milik Clement Thian Fung Seng dari Sarawak selepas mengumpul 9.43 mata.

Emas ketiga Melaka dihadiahkan oleh Tammy Tan Hui Ling selepas memenangi acara Jianshu (pedang) wanita apabila me­ngutip 9.44 mata, mengatasi pencabar dari Sarawak, Ste­phanie Ngu Chai Ern yang ke­tinggalan 0.04 mata. Gangsa milik Perlis menerusi Wong Kai Xin.

Dalam pada itu, Tan Cheong Min menyumbangkan pingat perak untuk Melaka dalam acara Nandao (pedang) wanita setelah mengumpul 9.46 mata. Emas menjadi milik Sarawak selepas Lee Hui Xian mengutip 9.54 mata manakala gangsa menjadi milik tuan rumah menerusi Wong Xin Yi dengan 9.35 mata.

Satu lagi emas dimenangi oleh atlet dari Johor, Lee Jia Rong dalam acara Gunshu wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini