PARIS – Agensi-agensi berita terbesar Eropah menuduh Google dan Facebook ‘mencuri’ berita mereka secara percuma semalam dalam satu kenyataan bersama yang menuntut gergasi internet tersebut berkongsi lebih banyak pendapatan dengan pihak media. Dalam kenyataan yang ditandatangani oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) kira-kira 20 agensi berita termasuk Agence France-Presse (Perancis), Press Association (Britain) dan Deutsche Presse-Agentur (Jerman), mereka meminta Parlimen Eropah merombak undang-undang hak cipta di Kesatuan Eropah (EU) bagi membantu…










