PETALING JAYA 3 Sept. – CIMB Research menurunkan saranan ‘Tambah’ kepada ‘Pegang’ ke atas Malayan Banking Bhd. (Maybank) disebabkan oleh penilaiannya yang tidak menarik. Firma penyelidikan itu dalam satu nota berkata, harga saham Maybank telah melonjak 15.2 peratus dalam tempoh dua bulan lalu untuk mencecah harga sasaran RM10 pada 29 Ogos lalu. Pada masa ini, penilaiannya tidak menarik bagi tahun kewangan 2019 (FY19) kerana harga untuk pendapatan (P/E) 12.9 kali…










