BALIK PULAU – Mayat seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu di temui di dalam tangki najis di belakang rumahnya di Kampung Sungai Burung di sini hari ini. Mangsa, Faridah Hashim, 63, yang ditemui mati dipercayai akibat dibunuh ditemui oleh seorang lelaki kira-kira pukul 2.40 petang. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden AA. Anbalagan yang ditemui pemberita di lokasi kejadian sebentar tadi menjelaskan pihaknya sudah mengenal…










