GEORGE TOWN – Seorang pekerja penghantar ayam yang sepatutnya meraikan hari lahirnya hari ini maut apabila tersepit pada lif mengangkut barang di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Penang di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi itu, Mohammad Shahrukh Khan Mohd. Mydin, 19, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan. Semasa ditemui, bahagian bahu dan kepala Mohammad Shahrukh tersepit pada lif berkenaan…










