KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata pelantikannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan diguna untuk mengembalikan kegemilangan universiti itu sehingga mampu muncul sebagai ‘Oxford of Muslim countries’. Beliau menarik perhatian dengan menyatakan bahawa UIAM sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat menurun dari segi prestasinya. “Dengan kedudukan Menteri Pendidikan sebagai Presiden, saya cuma ingin melaksanakan misi dan tanggungjawab yang diamanahkan UIAM, dan saya akan lakukan yang terbaik, kemudian…










