Masalah teknikal punca LRT Kelana Jaya tergendala - Utusan Malaysia

Masalah teknikal punca LRT Kelana Jaya tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya tergendala lebih dua jam susulan masalah gangguan isyarat hari ini. 

Berdasar beberapa kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi RapidKL, terdapat masalah pada lampu isyarat dan komunikasi yang berlaku di Stesen LRT Damai ke Stesen LRT Dato Keramat menyebabkan tren tergendala dan bergerak perlahan.

“Kami mengalami masalah isyarat dari stesen Damai ke Dato Keramat. Kerja memindahkan tren yang gagal beroperasi sedang dilakukan. Kami telah menghantar tren yang kosong untuk mengatasi kesesakan di stesen,” menurut petikan kemas kini status RapidKL melalui laman sosial berkenaan.   

Insiden yang berlaku pada waktu puncak itu mengakibatkan ribuan pengguna terkandas di beberapa stesen dan menyebabkan ada pengguna yang meluahkan rasa kecewa mereka terhadap perkhidmatan berkenaan di laman sosial. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN